Langkawi, 22 Januari 2024 - Majlis amanat bersama Ketua Pengarah JBS Negara bagi tahun 2024 telah diadakan dengan jayanya.
Pegawai dan kakitangan PBSD Langkawi turut bersama dalam majlis tersebut yang dihadiri secara atas talian. Segala amanat dan hasrat Ketua Pengarah yang telah disampaikan akan dijadikan panduan serta pemangkin untuk meneruskan segala perancangan dan pelaksanaan program pada tahun 2024 ini.
Dalam majlis tersebut turut disampaikan anugerah pekerja cemerlang bulanan yang mana menyaksikan ramai sahabat seperjuangan telah menerima pengiktirafan tersebut. Diharapkan kejayaan ini akan terus membakar semangat untuk meneruskan kecemerlangan dalam perkhidmatan Belia dan Sukan serta Rakan Muda.
# TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNbersama
#Malaysia MADANI
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BINTI HJ DRANI
- JBS Kedah
- Hits: 89
