- JBS Kedah
- Hits: 60
PERBINCANGAN SANTAI PBSD PENDANG BERSAMA PEJABAT PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL DAERAH PENDANG DAN YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA
Pendang | 1 Februari 2024 – Bertempat di Restoran Richiamo Coffee telah berlangsungnya perjumpaan serta perbincangan di antara PBSD Pendang bersama pegawai daripada Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pendang dan wakil daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
Perbincangan santai tersebut sarat dengan idea ke arah perancangan bagi pembangunan belia serta ke arah pemerkasaan program gaya hidup Rakan Muda sekitar daerah Pendang khususnya dan negeri Kedah amnya. Turut terlibat di dalam perbincangan tersebut bersama-sama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pendang , Encik Nor Azlan Bin Zainal , Encik Samioun Bin Shomidun dan Encik Mohd Shakir Bin Nawawi.
Manakala Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pendang dihadiri oleh pegawainya iaitu Encik Mohd Zulkarny Bin Salleh dan MCPF pula dihadiri oleh Encik Muhammad Hisham Bin Shamsudin.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#RakanMuda
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SHAKIR BIN NAWAWI ( PBSD PENDANG )
- JBS Kedah
- Hits: 60
