KEDAH, 26 Julai 2023, Alor Setar - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Kedah telah dilaksanakan di Wisma Darulaman dengan dipengerusikan oleh Puan Zaiton bt Yahya, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah. Ahli majlis terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan, wakil agensi, Badan Berkanun, Majlis Belia Negeri Kedah, Majlis Belia Daerah & Badan-badan Gabungan Majlis Belia Negeri Kedah. Manakala Pakar Rujuk bagi persidangan ini ialah Profesor Madya Dr. Kamal bin Ab Hamid.
MPBN merupakan platform bagi menyalurkan idea-idea serta membincangkan usul berkaitan dasar dan pembangunan belia dari peringkat akar umbi untuk diketengahkan. Lima usul utama yang diangkat dalam persidangan kali ini adalah Usul Agama, Pendidikan, Keusahawanan & Ekonomi Belia, Sosial & Kesihatan serta Pembangunan Belia & Kemudahan Infrastruktur. Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan TEKUN Nasional Negeri Kedah juga telah di jemput untuk membentangkan inisiatif-inisiatif untuk Belia yang ada di bawah agensi masing-masing dalam persidangan ini.
DISEDIAKAN OLEH : JBSN KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 94
