rakamkan setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada Encik Mohd Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap atas kecemerlangan dalam perkhidmatan yang melayakkan beliau dianugerahkan Di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB. Pn. Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
BANDAR BAHARU – 04 Julai 2023 – Universiti Geomatika Malaysia dari Kuala Lumpur telah mengadakan temuduga pelajar lepasan SPM 2022 di bilik mesyuarat Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu pada 04 Julai 2023 (Selasa) bermula jam 9.00 pagi.
Temuduga ini mensasarkan pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit bagi keputusan SPM 2022. Universiti Geomatika Malaysia ini juga menyediakan biasiswa kepada pelajar yang mendapat markah merit sekurang-kurangnya 3.75. Seramai 20 orang pelajar lepasan SPM 2022 yang tinggal di sekitar Bandar Baharu telah hadir untuk ditemuduga dan seramai 7 orang pelajar telah melepasi tapisan oleh pihak penemuduga.
Antara kursus yang ditawarkan bagi temuduga ini adalah Penguatkuasaan Undang-Undang dan pelajar yang berjaya dalam temuduga tersebut perlu membuat pendaftaran pada 25 Julai 2023 yang merupakan pengambilan Jun/Julai 2023. Proses temuduga ini telah berlangsung selama 4 jam tanpa henti dan berakhir pada jam 1 petang.
Disediakan oleh :Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU, 06 Julai 2023 – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulim Bandar Baharu telah mengadakan Kejohanan Sepaktakraw MSSD Kulim Bandar Baharu di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu bermula pada 4 hingga 6 Julai 2023 sehingga 06 Julai 2023.
Kejohanan ini telah disertai seramai 70 pasukan yang terdiri daripada 3 kategori iaitu pelajar yang berumur di bawah 12 tahun,bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Pasukan bagi umur bawah 12 tahun adalah seramai 21 pasukan manakala bawah 15 tahun seramai 25 pasukan. Bagi penyertaan pelajar yang berumur bawah 18 tahun pula seramai 24 pasukan terlibat. Jumlah urusetia teknikal untuk kejohanan ini yang telah berlangsung selama 3 hari adalah 20 orang.
Kejohanan ini berlangsung seawal jam 08.00 pagi dan berakhir pada jam 03.00 petang. Bagi pemenang tempat pertama untuk 3 kategori ini adalah Sekolah Kebangsaan Permatang Tiong (bawah 12 tahun), Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim (bawah 15 tahun) dan Kolej Vokasional A (bawah 18 tahun).
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
Jom semua Kedahan dan semua yg berada di luar Kedah..set siap2 tarikh ni dalam planner masing-masing..5 Ogos 2023 (Sabtu) di Darul Aman Park dan Fantasia Aquapark
KUBANG PASU, 8 JULAI 2023 - Perlaksanaan Program Malaysia Aktif@Komuniti telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan seramai 50 orang peserta. Merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Program ini merupakan inisiatif baharu KBS dengan sokongan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga penduduk setempat. Terima Kasih kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran ini.
KUALA MUDA, 8 JULAI 2023 - 8 Julai 2023, PPR Paya Nahu Kuala Muda- Perlaksanaan Program Malaysia Aktif@Komuniti telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan seramai 42 orang peserta. Merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Program ini merupakan inisiatif Baharu KBS dengan sokongan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga penduduk setempat. Terima Kasih kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran ini.
ALOR SETAR KEDAH, 8 JULAI 2023 - Telah berlangsungnya Program Run For Peace Malaysia Kedah 2023 telah dilaksanakan bermula sekitar jam 7am bertempat di Perkarangan Stadium Darulaman , Alor Setar. Larian keamanan ini merupakan aktiviti keamanan yang terbesar di Negara ini. Ia memberikan paltform unik kepada rakyat dari pelbagai latar belakang budaya dan agama untuk bersama-sama, membina persahabatan dan bersepakat demi keamanan.
Merupakan anjuran Persatuan Soka Gakkai Malaysia (Cawangan Kedah) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bersama pelbagai Rakan strategik penganjuran.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Seri Diraja Tan Sri Tunku Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (YTM Tunku Temenggong Negeri Kedah).
Turut bersama En. Wong Hun Yen (Pengerusi SGM Kedah), En.Mohammad Suhaimi Bin Md Saad (wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah), En.Rahmat Asyraf (wakil Pegawai Daerah Kota Setar) dan Tn ACP Zakaria And Rahman (wakil Ketua Polis Negeri Kedah).
Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur Persatuan Soka Gakkai Malaysia (Cawangan Kedah) atas penganjuran program ini yang telah berjaya menghimpunkan sekitar 3000 peserta dari Negeri Kedah.
KUBANG PASU, 6 JULAI 2023 - Program Jelajah Kayak 2.0 merupakan kesinambungan jelajah kayak 1.0 pada tahun 2022 yang merupakan kerjasama bersama Majlis Belia daerah Kubang Pasu, Jabatan Perparitan dan Saliran, Bomba dan Penyelamat serta Majlis Daerah Kubang Pasu.
Seramai 50 peserta mengambil bahagian dan majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Y.Bhg Encik Badrulhisham bin Haji Sulaiman YDP Majlis Daerah Kubang Pasu.
PADANG TERAP KEDAH, 09 JULAI 2023 – Satu perbincangan pelaksanaan Program Rakan Muda Satria Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 05 Julai 2023 (Rabu) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap Kedah Darul Aman disini.
Dalam perbincangan ini, pelaksanaan Program Rakan Muda Satria Daerah Padang Terap ditetapkan akan dilaksanakan pada bulan Julai 2023 ini dengan pengisian aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong membersihkan surau di Kampung Pauh, Pedu, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman nanti.
Hadir dalam perbincangan ini Pn. Julian Binti Yuhaned, Aktivis Masyarakat bersama En. Mohd. Syafiq Bin Abdullah, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Muhamad Zaidan Bin Zainuddin, Pengerusi Kelab Rakan Muda Daerah Padang Terap serta En. Muhamad Faez Bin Ahmad Tajudin, Pengerusi Skuad Anti Dadah Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)