KEDAH, 6 JULAI 2023 - Program ini merupakan kesinambungan jelajah kayak 1.0 pada tahun 2022 yang merupakan kerjasama bersama Majlis Belia daerah Kubang Pasu, Jabatan Perparitan dan Saliran, Bomba dan Penyelamat serta Majlis Daerah Kubang Pasu.
Seramai 50 peserta mengambil bahagian dan majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Y.Bhg Encik Badrulhisham bin Haji Sulaiman YDP Majlis Daerah Kubang Pasu
PADANG TERAP KEDAH, 05 JULAI 2023 – Perbincangan pelaksanaan Liga Sukan Komuniti untuk acara futsal Peringkat Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 03 Julai 2023 (Isnin) yang lalu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Dalam perjumpaan ini, perbincangan berkaitan teknikal dan jumlah penyertaan acara futsal Liga Sukan Komuniti Daerah Padang Terap yang akan dilaksanakan pada 29 Julai 2023 nanti.
Perbincangan ini melibatkan Cikgu Faizal Bin Abdullah, Pengerusi Teknik Bola Sepak Daerah Padang Terap bersama En. Mohd. Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap. Hadir sama En. Mohd Syafiq Bin Abdullah, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 05 JULAI 2023 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Utara untuk menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) untuk Kelab Belia Desa Keda Pasir Putih pada 04 Julai 2023 (Selasa) yang lalu bertempat di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara, Alor Setar, Kedah Darul Aman disini.
Penyerahan MYKD ini adalah untuk kali pertama bagi Kelab Belia Desa Keda Pasir Putih, Padang Terap yang telah menyempurnakan Mesyuarat Agung Kali Pertamanya pada 21 Jun 2023 yang lalu.
Maklumat MYKD Kelab Belia Desa Keda Pasir Putih ini telah diserahkan oleh En. Mohd Farizan Bin Mat Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan diterma oleh En. Muhammad Khidhir Bin Mohd Fauzi, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Utara.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
Sik, 19 Jun 2023 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sik telah membuat satu sesi Lawatan Kolabrasi Ke Jabatan Penjara Pokok Sena pada 1 Jun yang lalu.
Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan perlaksanaan bagi Program Y2Y yang bakal yang bakal dilaksanakan pada 4 Julai 2023 bertempat di Penjara Pokok Sena, Kedah
Agensi lain yang turut terlibat ialah Pejabat Pendidikan Daerah Sik,Pejabat Keda Zon 4, Angkatan Belia Islam .
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD SIK)
Sik, 15 Jun 2023 – Pejabat KEDA Zon 4 dengan kerjasama Kelab Belia Desa KEDA Sungai Semiar telah mengadakan Kejohanan Sukan Belia Desa Keda Daerah Sik bagi tahun 2023 pada 28 Mei yang lalu bertempat di Perumahan KEDA Sungai Semiar Sik.
Kejohanan sukan yang telah disertai seramai 100 orang peserta ini diadakan bertujuan untuk menarik kembali minat dan kecenderungan belia untuk bersukan. Antara acara yang telah diadakan ialah Bola Sepak 7 Sebelah dan Badminton Berkumpulan.
Program ini secara tidak langsung juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan belia dengan agensi kerajaan.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD SIK)
Sik, 15 Jun 2023 – Pejabat Penerangan Daerah Sik dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sik telah mengadakan Program Jiwa Jalinan Insan Wahana Aspirasi pada 31 Mei yang lalu bertempat di Kampung Berona Kanan, Sik.
Program ini telah disertai seramai 50 orang. Antara aktiviti yang diadakan di program ini ialah Senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna serta taklimat pemerdagangan orang dan penyeludupan Migran.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD SIK)
Pendang, 26 Jun 2023 – Institut Kemahiran Belia Negara Jitra Kedah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang akan mengadakan Program Skill For Life.
Penolong Pengarah IKBN Jitra bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pendang, wakil Pejabat Felda Sungai Tiang dan Timbalan Persatuan Belia Felda Sungai Tiang telah mengadakan perbincangan bagi melaksanakan Program 'Skill For Life' yang dirancang pada 15 Julai 2023 bertempat di Felda Sungai Tiang.
Pelaksanaan program ini adalah berbentuk kursus asas membaiki motosikal di mana penyertaan melibatkan 20 orang peserta belia setempat yang berumur 15 hingga 25 tahun. Antara objektif program ini ialah memberi akses kepada belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
BANDAR BAHARU – 25 Jun 2023 – Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu telah melaksanakan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (Jiwa) Santai Minda Bersama Komuniti pada 25 Jun 2023 (Ahad) pada jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu.
Program ini diadakan bagi Perkongsian Maklumat Malaysia Madani oleh Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat ADUN Bandar Baharu. Antara pengisian lain program ini adalah acara Senamrobik oleh Kak Yong, Salsation oleh SI Yuna,Cabutan Bertuah, serta edran risalah-risalah yang berkaitan program. Program ini telah dihadiri seramai 50 orang dari sekitar Bandar Baharu.
Program ini adalah dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Persatuan Solidariti Nasional (PERSONA) Kulim Bandar Baharu, Pejabat ADUN Bandar Baharu dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bandar Baharu.
DISEDIAKAN OLEH :NUR ADILA BINTI MOHAMAD (PBSD BANDAR BAHARU)