PENDANG, 17 JULAI 2023 –Pejabat Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Daerah Pendang, Persatuan Sepak Takraw Daerah Pendang dan Kelab Bola Sepak Warisan akan mengadakan Program Liga Sukan komuniti Peringkat Daerah Pendang.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pendang mempengerusikan mesyuarat tersebut bersama wakil persatuan telah mengadakan perbincangan bagi melaksanakan Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Pendang melibatkan acara Bola Jaring, Futsal (lelaki) dan Sepak Takraw yang dirancang pada 22 Julai 2023 (Bola Jaring), 05 Ogos 2023 (Futsal) dan 26 Ogos 2023 (Sepak Takraw).
Pelaksanaan program ini adalah berbentuk pertandingan secara liga yang bertujuan melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan, menggalakkan masyarakat berbudaya sukan dan meningkatkan kemahiran sukan dan kesukarelawanan di kalangan komuniti setempat.
DISEDIAKAN OLEH : PBSD PENDANG
- JBS Kedah
- Hits: 121
