YAN KEDAH, 25 JULAI 2023 – Satu lawatan sesi pembelajaran untuk tatacara pengurusan stor kecil daerah telahpun diadakan pada 24 Julai 2023 (Isnin) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan, Guar Chempedak, Kedah Darul Aman disini.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat tatacara pengurusan stor kecil PBSD Yan untuk dijadikan panduan pelaksanaan di PBSD Padang Terap. Dalam lawatan tersebut, Pn. Asnatul Adha Binti Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan telah memberikan penerangan berkaitan dengan pengurusan stor kecil daerah dengan dibantu oleh En. Mohd Supri Bin Yunus, Pembantu Tadbir PBSD Yan.
Hadir disini, En. Mohd Farizan Mat Arshad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap. Turut hadir bersama, En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan Pn. Rosnah Binti Ismail, Pembantu Tadbir PBSD Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 85
