GUAR CHEMPEDAK, YAN, KEDAH. 20 MEI 2023 – Satu Program Pertandingan Kulinari anjuran empowerNCER telah diadakan pada 25 Mei 2023 bertempat di Masjid Al-Wustha, Guar Chempedak, Yan, Kedah. Pertandingan Kulinari empowerNCER Yan 2023 yang berkonsepkan Makanan Tradisonal Melayu adalah merupakan aktiviti yang bertujuan membina silaturahim antara para peserta Program empowerNCER Latihan Kemahiran & Keusahawanan Daerah Yan bagi tahun 2021/2023.
Di samping meningkatkan kemahiran dan keyakinan para peserta untuk memasak khasnya untuk menjalankan perniagaan, program ini juga diadakan bertujuan sebagai salah satu mekanisme untuk mengembalikan semangat para peserta bagi mencapai sasaran (target) sesi verifikasi kepada para peserta yang akan dijalankan tidak lama lagi.
Seramai 18 peserta telah menyertai program ini yang dijalankan di Masjid Al-Wustha, Guar Chempedak pada 25 Mei 2023.
Program ini dirasmikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Encik Mohd Akmal bin Azimi, wakil Yayasan PETRONAS iaitu Pengurus Kesejahteraan & Pembangunan Komuniti Yayasan PETRONAS, Puan Adleen Fariza binti Kamaruddin (Pengurus Wilayah Tengah & Utara PETRONAS), Encik Hazly Azrin bin Hamzah, wakil NCIA (Penolong Pengurus, Pejabat NCIA Negeri Kedah), Puan Sharifah Samira binti Syed Sagaf (Eksekutif Pejabat Negeri Kedah NCIA), Encik Mohd Nor Hazwan bin Hadzir, (Pegawai Lapangan Yan NCIA), Encik Muhamad Nurhanis bin Muhd Kameh dan (Pengarah Projek empowerNCER Negeri Kedah), Encik Mohd Anuarul Faiz Mohamad Dahalan.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI B. ROSLA (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 99
