- JBS Kedah
- Hits: 77
PBSD & KELAB RAKAN MUDA PADANG TERAP HADIR KE PROGRAM GOTONG ROYONG TAMAN PELANGI, KUALA NERANG, KEDAH.
PADANG TERAP KEDAH, 21 JUN 2023 – Program Gotong Royong Taman Pelangi, Kuala Nerang telahpun diadakan pada 15 Jun 2023 (Khamis) yang lalu bertempat di Taman Pelangi, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Program anjuran Majlis Daerah Padang Terap dengan kerjasama Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Pelangi turut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Penerangan, IPD Padang Terap, AADK, Pejabat Kesihatan, BOMBA, SWCORP dan tidak ketinggalan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
Terdahulu, diadakan taklimat ringkas berkaitan pengurusan sisa pepejal domestik oleh SWCORP, taklimat keselamatan jalan raya oleh IPD Padang Terap dan taklimat berkaitan kes denggi oleh Unit Kawalan Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap. Turut diadakan juga pertandingan mewarna oleh kanak-kanak PASTI.
Selepas taklimat ringkas, diadakan program gotong royong membersihkan kawasan persekitaran tersebut.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tn. Azmin Bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 77
