SERDANG, 20 MEI 2023 -Telah berlangsung Fit@Community Siri 5 baru-baru ini di Dataran Tasik Serdang, Bandar Baharu Kedah dengan kerjasama Persatuan Senamrobik Kedah Darul Aman.
Terima kasih pada yang menyertai..anda memang osem dan hensem?????
Jom warga Langkawi kita pakat serbu booth pameran JBSNKedah dan aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan.Hampa tak mai, hampa yang rugi no..macam-macam ada..
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah menyediakan pelbagai aktiviti seperti berikut :- - Pameran Agensi, Interaktif dan Demostrasi - Persembahan Tarian Singa - Sepakraga Tradisional - Seni Silat Warisan - Mari Mencuba Sukan Interaktif (Congkak, Karom, Dam Haji, Mini Putting Golf, Dart Target, Mini Gol Shooting - Pendaftaran Sukarelawan SATRIA daerah Langkawi - Info Belia dan Sukan
27 Mei 2023 - Larian Sarong @ Langkawi 2023
Anjuran bersama :- Kementerian Seni Budaya dan Pelancongan (MOTAC) bersama Jabatan dan agensi berkaitan.
ALOR SETAR KEDAH, 24 Mei 2023 - Telah berlangsung sesi taklimat kepada waris dan peserta Program KLAS Renang bagi daerah Kota Setar (Sesi 1) yang akan diadakan bermula 26 Mei 2023 di RNJ Swimming Academy Tandop Kedah.
Pn.Nazifah Bt Zubir, (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar), En.Norazlan Bin Zainal (Pegawai Kecergasan Nasional JBSNKedah) dan En. Ahmad Muliaman Bin As'ari (wakil MASWIM, Jurulatih) telah hadir bagi menyelaras dan menyampaikan taklimat dalam sesi ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada PBSD Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar atas inisiatif penganjuran sesi taklimat ini. ????
Semoga program KLAS Renang ini dapat dijayakan sebaiknya dalam usaha memastikan objektif pelaksanaan tercapai.
TAIPING, 24 MEI 2023 - Seramai 120 orang belia yang terdiri daripada Majlis Belia Daerah Kulim, Persatuan Belia Hindu Cawangan Taman Kenari dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim telah menyertai program Program “One Life One Chance Social Awareness” Peringkat Daerah Kulim pada 23 Mei lalu bertempat di Penjara Taping.
Antara pengisian program adalah slot Experience Learning, Seminar Intervensi Sosial & Kerohanian Belia serta ‘Cerita Orang Gagal’ (perkongsian pengalaman bersama banduan dan banduan parol Penjara Taiping). Program ini diharap dapat memberikan pengalaman dan kesedaran kepada belia supaya mereka menjadi manusia yang terbaik untuk diri sendiri, agama, bangsa dan negara. Turut serta dalam Program tersebut, Encik Mohammad Izzat bin Abd Rani, pemantau dari Ibu Pejabat JBSN Kedah.
Tarikh 16 Mei merupakan tarikh keramat sempena Sambutan Hari Guru pada setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru yang telah bertungkus lumus mendidik anak bangsa. Tema sambutan hari guru pada tahun ini, adalah "Guru Insani Pemangkin Generasi Madani" yang dipilih ke arah memartabatkan profession keguruan berteraskan falsafah dalam pendidikan guru. Selamat hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru dan pendidik.
Sesungguhnya dalam berkongsi kasih, menyemai sayang.. budi guru tidak terbalas dalam mendidik anak bangsa.
SEBERANG PERAI, 26 MEI 2023 - Seramai 100 orang pelajar daripada 3 buah sekolah sekitar Daerah Bandar Baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang, Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang Baru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar telah menyertai Program Y2Y Social Outreach Peringkat Daerah Bandar Baharu pada 25 Mei lalu. Program ini dilaksanakan di Kompleks Penjara Seberang Perai.
Objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran awal kepada belia agar tidak terlibat dengan masalah sosial pada masa akan datang. Antara pengisiannya adalah Taklimat Pencegahan Jenayah Dalam Konteks Kepenjaraan dan lawatan ke Galeri Cash & Carry. Turut serta dalam program tersebut Encik Mohammad Izzat bin Abd Rani, Pegawai pemanatau dari Ibu Pejabat, JBSN Kedah.
Kuala Nerang, 11 Mei 2023 – Ahli Jawatankuasa Kelab Rakan Muda Padang Terap turut sama membantu di dalam persiapan untuk Program Sharing Session sempena Sambutan Ambang Hari belia Peringkat Daerah Padang Terap 2023.
Program Sharing Session anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap ini bakal diadakan pada 14 Mei 2023 bertempat di Kolej Komuniti Padang Terap. Program ini mensasarkan seramai 100 orang peserta bakal turut serta.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
Kuala Nerang, 10 Mei 2023 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Mesra Aidilfitri pada 9 Mei 2023 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Alor Setar.
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah (PBSD) Padang Terap telah turut serta bersama-sama menjayakan majlis tersebut. PBSD Padang Terap telah memilih Mee dan Koteaw Goreng sebagai salah satu menu untuk disajikan kepada tetamu yang hadir ke Majlis Mesra Aidilfitri kali ini. Menu ini menjadi lebih menarik kerana ianya merupakan resipi keluarga selain dihidang panas - panas kerana telah digoreng di lokasi majlis.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
Kuala Nerang, 10 Mei 2023 – Kelab Rakan Muda Padang Terap telah mengadakan Mesyuarat Agung Kelab bagi tahun 2023 pada 8 Mei yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap.
Seramai 12 orang ahli telah menghadiri mesyuarat pada kali ini. Turut hadir, Encik Mohd Farizan bin Mat Arshad (Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap) selaku penasihat Kelab seterusnya merasmikan pembukaan Mesyuarat pada kali ini.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)