- JBS Kedah
- Hits: 59
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN TADARUS AL-QURAN DAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR
ALOR SETAR, 11 APRIL 2023 - Seramai 70 orang peserta Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Kota Setar telah sama-sama menjayakan Program Rakan Muda Ramadan yang telah berlangsung pada 1-19 Ramadan 1444H bertempat di Surau SMK Muadzam Shah.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama SMK Muadzam Shah Alor Setar, Kelab Rakan Muda Parlimen Alor Setar serta Rastech Services and Tyres dan Rastech Lubricant. Program ini dapat menghidupkan Bulan Ramadan Al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian. Melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al Quran dalam kehidupan seharian. Seramai 50 orang peserta daripada SMK Muadzam Shah dan SMK Sultanah Asma Alor Setar turut menyertai Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Kedah yang telah berlangsung pada 10 April 2023 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
Turut Hadir Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar – Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir bersama En Aminuddin Bin Ghazali Pengerusi Kelab Rakan Muda Parlimen Alor Setar.
DISEDIAKAN OLEH : NOR HASIMAH BT ABD HAMID ( PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR )
- JBS Kedah
- Hits: 59
