ALOR SETAR, KEDAH, 10 APRIL 2023 – Telah berlangsung Majlis Khatam Al Quran Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan (KOMBES) Negeri Kedah. Majlis ini telah menghimpunkan peserta-peserta Tadarus Al Quran yang berumur 16 hingga 25 tahun dari seluruh negeri Kedah.
Majlis telah dirasmikan oleh Encik Mohd Nizam Bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah dengan kehadiran lain-lain Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Belia Negeri Kedah dan sebagainya.
Daerah Kubang Pasu telah menghantar 10 peserta ke majlis tersebut bagi mewakili kesemua 70 peserta yang telah menyertai program Tadarus .
DISEDIAKAN OLEH : HASLINDA BINTI HARUN (PBSD KUBANG PASU)
- JBS Kedah
- Hits: 66
