Kuala Nerang, 19 April 2023 – Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap telah dijemput ke Majlis Berbuka Puasa Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah pada 17 April yang lalu.
Majlis berbuka puasa bersama warga SMA Al-Khairiah ini merupakan acara tahunan pihak sekolah bersama dengan agensi kerajaan yang telah banyak membantu dari segi penglibatan program di peringkat daerah dan sekolah.
Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan semua pihak yang telah memberi kerjasama secara langsung dan tidak langsung dengan aktiviti-aktiviti di sepanjang bulan Ramadhan kali ini.
DISEDIAKAN OLEH : PBSD PADANG TERAP
- JBS Kedah
- Hits: 65
