KUALA NERANG, 08 Mei 2023 – Satu sesi taklimat Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah diadakan pada 2 Mei yang lalu di Kem Seri Julok, Naka.
Seramai 94 orang peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu telah menyertai taklimat yang disampaikan oleh Encik Mohd Syafiq bin Abdulah (Pembantu Belia Dan Sukan Daerah Padang Terap).
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan dengan Program ARPRM ini sekaligus dapat memahaminya dengan lebih jelas lagi.
Para peserta ini merupakan peserta baru yang menyertai ARPRM bagi pingat Gangsa bagi Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 84
