SIK KEDAH, 16 APRIL 2023 – Lawatan dan Pemantauan Pemeriksaan Keselamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Kedah telahpun dilakukan pada 04 April 2023 (Selasa) yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Pemeriksaan ini dilakukan berikutan PBSD Sik telah memohon perjanjian sewa baharu pejabat kepada pemilik bangunan iaitu Lembaga Tabung Haji bermula dari 01 Ogos 2023 hingga 31 Julai 2026.
Pemeriksaan Keselamatan JBPM Negeri Kedah ini telah dilakukan oleh En. Hamdan Bin Talib, Penolong Penguasa Bomba Daerah Kuala Muda, Kedah.
Hadir bersama di sesi pemeriksaan Keselamatan JBPM Negeri Kedah tersebut ialah En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik dan Pn. Che Siah Binti Mahmud, Pembantu Tadbir PBSD Sik.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 110
