- JBS Kedah
- Hits: 64
GERAK RAHMAH JOM SIHAT
DULANG, YAN. 12 MAC 2023 – Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Yan telah menganjurkan program Gerak Rahmah Jom Sihat bertempat di Dewan Komuniti Kuala Dulang Kecil, Yan. Program dengan kerjasama KRT Kuala Dulang Kecil ini menyasarkan penyertaan dari komuniti Kampung Kuala Dulang.
Penyertaan secara percuma ini adalah bagi mengajak kalangan masyarakat untuk sentiasa menjaga kesihatan dan gaya hidup sihat, Selain antara aktiviti yang disusun adalah regangan badan, berjalan sihat dan cabutan bertuah. Program ini juga mampu mengeratkan silaturrahim dalam kalangan masyarakat serta mendekatkan masyarakat dengan agensi NGO dibawah kerajaan.
Turut hadir menyertai program ini adalah Pegawai semua staf Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Yan, AJK KRT Kuala Dulang Kecil dan KEMAS Dulang Kecil.
DISEDIAKAN OLEH : JOHARDI B. ROSLA (PBSD YAN)
- JBS Kedah
- Hits: 64
