BALING, – Satu perjumpaan pegawai PBSD Baling bersama wakil syarikat keselamatan Kompleks Rakan Muda Baling dan PBSD Baling telah diadakan petang semalam di pejabat Belia Dan Sukan Daerah Baling . Tujuan perjumpaan itu diadakan adalah untuk membincangkan perihal keselamatan kawasan KRM Baling . Teguran berkenaan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan KRM Baling dan PBSD Baling telah disampaikan kepada penyelia keselamatan tersebut dan pihak syarikat telah mengambil maklum dan memberi kerjasama yang baik.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
KEDAH, 2 FEBRUARI 2023 - Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah Bil 1/2023 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah baru-baru ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Mohd Nizam bin Ismaill , Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan dihadiri oleh semua para Pegawai Jabatan dan Daerah. Agenda mesyuarat merupakan kata-kata aluan oleh pengerusi, pengesahan minit mesyurat terdahulu, perbentangan laporan dari setiap bahagian dan unit serta maklumbalas serta perkara berbangkit daripada pegawai di daerah. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan ditangguhkan oleh Pengerusi ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
KEDAH, 2 FEBRUARI 2022 - Baru-baru ini En.Mohd Ikhsan ( Pengerusi Persatuan Gusti Lengan Negeri Kedah) telah melakukan kunjung hormat kepada Pengarah JBSNKedah, YBrs Tn.Mohd Nizam Bin Hj Ismail. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama dan memaklumkan perancangan program Persatuan bagi tahun 2023.
Turut bersama Pn. Siti Hasmah Bt Hassan (Timbalan Pengarah Sukan) dan En.Shahrizal Bin Ismail (Pen. Pegawai Unit Penggalakkan Dan Pembangunan Sukan). Semoga Persatuan Gusti Lengan Negeri Kedah terus maju dan cemerlang.
KEDAH, 2 FEBRUARI 2022 - YBrs. Tn. Mohd Nizam Bin Hj Ismail (Pengarah JBSNKedah) telah menerima kunjungan dari En.Norazlan Omar (YDP PIBG), En. Baharuddin Bin Mohamed Ibrahim (Guru Besar) & En. Mohd Fadzli Bin Sudin (Penolong Kanan Ko Kurikulum) Sekolah Kebangsaan Sungai Layar, Kuala Muda. Turut bersama dalam perbincangan tersebut Pn.Siti Hasmah Bt Hassan (Timbalan Pengarah Sukan), En.Kamarol Azlan Bin Abdull Hamid (PBSD Kuala Muda), En. Mohd Abdul Karim Khan Bin Mansor Ahmad Khan (Pegawai Unit Penggalakkan & Pembangunan Sukan) dan En. Kamaruzaman Bin Khalidin (PPBSD Kuala Muda). Tujuan perbincangan tersebut adalah untuk menjalinkan jaringan kerjasama strategik antara JBSNKedah bersama Sekolah Kebangsaan Sungai Layar dalam usaha membangunkan program Pembangunan Sukan dari peringkat akar umbi.
Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JBSNK. Semoga segala Amanat yang disampaikan oleh YBrs Tn. Mohd Nizam Bin Hj Ismail (Pengarah JBSNK) dijadikan penyuntik semangat untuk terus maju dan cemerlang dalam menjalankan amanah. Turut diadakan :-
Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan (Disember). Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima : ~ Pn. Nazifah Binti Muhammad Zubir (PBSD Kota Setar)? ~ En. Muhammad Bin Alli (PBSD Pokok Sena)? ~ En. Mohd Birry Bin Ali (Bhgn Pentadbiran JBSNK)?
Majlis Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat TBK kepada 8 penerima. Semoga terus cemerlang. Tahniah diucapkan kepada : S32 ~ En.Nazmi Bin Tirmizi (Bhgn Sukan JBSNK)? ~ Pn.Hussaini Binti Hussain (PBSD Kubang Pasu)? ~ En.Danial Shamad Kesvan Abdullah (PBSD Baling)?
S22 ~ En.Irwan Effendi Bin Jasni (PBSD Kulim)? ~ En. Mohd Syafiq Bin Abdullah (PBSD Padang Terap)? ~ Pn. Siti Moktaroh Binti Mokhtar?
Majlis Penyampaian Sumbangan Kelahiran Cahaya Mata dan Pegawai yang baru mendirikan rumahtangga ~ En. Muhammad Farhan Bin Sahidan (Bhgn Rakan Muda JBSNK)? ~ Pn. Nur Shuhasliza Binti Hanafi (PBSD Langkawi)? ~ Pn. Hapizah Binti Japperi (Bhgn Sukan JBSNK)?
Majlis Sambutan Hari Lahir Warga JBSNK bulan September 2022- Februari 2023????
BALING, 31 JANUARI 2023 – Satu majlis penyerahan geran tanah telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak , Baling. Majlis ini diadakan bagi peringkat daerah Baling dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Tanah & Galian dan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Baling.
Turut hadir ialah Pegawai Daerah Baling dan Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Baling dan pegawai-pegawai agensi kerajaan daerah Baling.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BANDAR BAHARU, 31 JANUARI 2023 - Program Riben Kuning yang dilangsungkan mulai bulan Ogos 2022, berakhir hari ini. Program yang dilaksanakan selama 6 bulan ini, telah disertai oleh 10 orang pelatih dari PUSPEN Serdang, Kedah.
Program telah dilaksanakan secara berkala dengan digerakkan oleh lima (5) kluster iaitu Kluster Kemahiran, Kluster Sukan, Kluster Keusahawanan, Kluster Kebolehpasaran dan Kluster Kempen Kesedaran dalam usaha memberi peluang kedua kepada golongan terpinggir mereka boleh kembali ke pangkuan masyarakat dengan kehidupan yang lebih baik.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Nizam bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Majlis turut dihadiri oleh rakan strategik program iaitu, PUSPEN Serdang, PERKESO Negeri Kedah, IKBN Naka, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia dan PEMADAM Negeri Kedah.
GUAR CHEMPEDAK, YAN, KEDAH. 29 JANUARI 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan PBSD Yan Bilangan 1/2023 di Bilik Mesyuarat PBSD Yan. Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Puan Asnatul Adha bin Ahmad Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan dan dihadiri oleh semua staf PBSD Yan.
Mesyuarat Pengurusan ini adalah penting bagi menyampaikan maklumat semasa selain membincangkan perkara berkaitan dengan pembangunan belia dan sukan. Antara yang disentuh dalam mesyuarat ini adalah program-program yang telah dilaksanakan oleh Unit Belia, Unit Sukan dan Unit Rakan Muda pada tahun 2022. Selain itu membincangkan juga hal-hal berkaitan pentadbiran pejabat dan keperluan-keperluan yang perlu untuk keceriaan pejabat dan kelancaran pentadbiran pejabat
Pengerusi juga menyentuh berkenaan tindakan-tindakan bagi Unit Belia dan Unit Sukan bagi menyampaikan peringatan menyegerakan Laporan MYKD dan MYKB bagi memastikan kelancaran pentadbiran NGO Belia dan Sukan.