LANGKAWI, KEDAH – 30.01.2023, Persatuan Perahu Layar Kedah (KSA) dengan kerjasama Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan menganjurkan Kejohanan ke 19th Langkawi International Regatta Perdana 2023 yang di jangka bermula pada 01-05 Februari 2023, bertempat di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi.
Satu mesyuarat jawatankuasa perlaksanaan Kejohanan 19th, LADA Langkawi International Regatta Perdana, bil ke 2 telah di adakan pada 26 Januari 2023 yang lalu bertempat di Bilik Taklimat Pusat Latihan Perahu Layar, Kebangsaan Langkawi.
Mesyuarat membincangkan persiapan terakhir bersama-sama ahli mesyuarat dari segi persiapan tempat, logistik, sambutan, keperluan penginapan dan keselamatan.
Turut hadir mesyuarat Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Puan Nor Shuhasliza Binti Hanapi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 103
