SIK KEDAH, 24 JANUARI 2023 – Program Kayuhan Sik Sejahtera Bersama YAB. Menteri Besar Kedah telahpun diadakan dengan jayanya pada 23 Januari 2023 (Isnin) yang lalu bertempat di Pusat Khidmat DUN Jeneri, Sg. Pau, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Seramai 250 orang peserta khususnya dari daerah Sik turut sama menyertai kayuhan tersebut dalam menyahut cabaran kayuhan bersama YAB. Menteri Besar Kedah.
Jarak kayuhan program ini 35km merangkumi sekitar kawasan DUN Jeneri dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah yang disampaikan sendiri oleh YAB. Menteri Besar Kedah merangkap ADUN Jeneri.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 131
