Kuala Nerang, 04 Januari 2023 – Kelab Rakan Muda Padang Terap telah mengadakan satu mesyuarat bersama ahli jawatankuasa yang terlibat dengan Misi Bencana Banjir.
Mesyuarat yang diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap hari ini bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan Misi Bencana sekaligus memberi taklimat Perjalanan Program Misi Bencana Banjir kepada semua yang terlibat.
Mesyuarat yang dihadiri seramai 13 orang ini juga merupakan mesyuarat akhir sebelum Misi Bencana Banjir di laksanakan. Misi ini bakal di laksanakan pada 5 - 7 Januari 2023.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 112
