Pedu, 12 Disember 2022 – Klinik Kesihatan Kampung pedu dengan kerjasama Cleopatra Club telah mengadakan Program Komuniti Sihat Sejahtera Peringkat Padang Terap hari ini bertempat di Dewan JKKP Kampung Tanjung Thai, Pedu.
Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan masyarakat dan komuniti setempat denga aktiviti gaya hidup sihat serta meyampaikan mesej pendidikan kesihatan agar masyarakat peka tentang hidup sihat tanpa akhohol.
Antara acara yang diakan di program ini ialah senamrobik, ceramah kesihatan, saringan kesihatan, pameran kesihatan, sukaneka bowling kelapa dan pertandingan mewarna.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 103
