Kuala Nerang– Program Jelajah kedah Sejahtera merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Program yang telah diadakan di Masjid Kampung Tanjung Kiri, Kuala Nerang pada 10 dan 11 November yang lalu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk di daerah ini.
Program ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai dasar dan hala tuju Kerajaan Negeri disamping menyalurkan maklumant dan memberi perkhidmatan sebaiknya agar rakyat sentiasa memperoleh maklumat dan perkidmatan secara terus dan tepat.
Program ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor. Turut Hadir Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah dan Datuk Pegawai Daerah.
DISEDIAKAN OLEH: NOR HUSNA BT ABDUL HAMID (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 87
