16 NOVEMBER 2022 - Telah berlangsungnya Kursus Asas Instuktur Senamrobik OKU Peringkat Zon Utara, 14-16 November 2022, Hotel Jerai Alor Setar, Kedah yang melibatkan peserta seramai 40 orang bertempat di Hotel Jerai Alor Setar, Kedah. Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam dan melibatkan penyertaan dari negeri Kedah dan Pulau Pinang (kategori peserta normal & peserta OKU). Penganjuran kursus ini merupakan kerjasama strategik bersama Persatuan Senamrobik Malaysia dan One Nation Fitness Club. Pihak Jabatan merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Noor Azleen Bt Yusop, Timbalan Pengarah Cawangan OKU, JBSNegara atas kesudian menyempurkan Majlis Penutup Kursus Asas Senamrobik OKU Peringkat Zon Utara ini, turut sama Pn. Siti Hasmah Bt Hassan, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Cikgu Makwan Presiden Persatuan Senamrobik Malaysia. Keseluruhan peserta menunjukkan minat yang sangat mendalam dalam mendalami ilmu baru ini. Pihak Jabatan merakamkan syabas dan tahniah atas penyertaan serta komitmen semua peserta. Ribuan terima Kasih kepada team Jurulatih dan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran kali ini.
- JBS Kedah
- Hits: 90
