LANGKAWI, KEDAH – 09 NOVEMBER 2022, Kejohanan perlumbaan jelajah berbasikal Le Tour De Langkawi 2022 (LTdL 2022) telah berlangsung pada 17 & 18 Oktober 2022 yang lalu bagi peringkat 7 dan 8 di Pekan Kuah Langkawi. Bagi memeriahkan LTdL 2022 kali ini, satu pasukan Sukarelawan Anak Malaysia atau di kenali dengan SATRIA telah diberi amanah untuk menjadi pasukan sorak dan sokongan bagai acara permulaan dan penamat LTdL..
Peringkat ke 7, pada 17hb Oktober 2022 (permulaan) menyaksikan penglibatan SATRIA seramai 79 Orang terdiri daripada Majlis Belia Daerah Langkawi, Kelab Rakan Muda Langkawi, Giat Mara Langkawi. Manakala (penamat ) SATRIA seramai 100 orang terdiri daripada Kolej Komuniti Langkawi, MBD serta KRM Langkawi. Peringkat ke 8, pada 18hb Oktober 2022 (permulaan dan penamat) seramai 196 orang SATRIA terdiri daripada SMK Ayer Hangat, Majlis Belia Daerah Langkawi, Kelab Rakan Muda Langkawi dan Giat Mara Langkawi hadir memberi sokongan kepada peserta LTdl 2022 ini.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
- JBS Kedah
- Hits: 105
