SANGLANG , 1 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS) – Telah berlangsung satu mesyurat teknikal sempena Sukan Tradisional Peringkat Negeri bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Jerlun. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbanlan Pengarah Bahagian Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah. Turut serta dalam mesyuarat ini persatuan-persatuan yang mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.
Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan syarat-syarat pertandingan dan penyelarasan masa bagi setiap acara. Bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan setiap acara dipertandingkan persatuan masing-masing mengambil tugas untuk mengurus dengan baik. Mesyuarat berakhir dengan sempurna dan dipersetujui oleh semua pihak.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL IZZATI BINTI ABD AZIZ (PBSD KP-KSJ)
- JBS Kedah
- Hits: 124
