- JBS Kedah
- Hits: 133
EJOHANAN BOLA SEPAK LIGA TUNAS MALAYSIA BAWAH 16 TAHUN PERINGKAT DAERAH SIK 2022
SIK KEDAH, 25 SEPTEMBER 2022 – Kejohanan Bola Sepak Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League) Bawah 16 Tahun Peringkat Daerah Sik 2022 telahpun diadakan pada 21 dan 22 September 2022 (Rabu & Khamis) yang lalu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik dan mendapat kerjasama penuh dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sik telah menghimpunkan 7 buah pasukan sekolah menengah dalam Daerah Sik.
Keputusan penuh Kejohanan Bola Sepak Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League) Bawah 16 Tahun Peringkat Daerah Sik 2022, Johan – Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau, Naib Johan – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik dan Ketiga – Sekolah Menengah Kebangsaan Sik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Enggang.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh En. Mohamad Amin Bin Jaafar, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Sik. Hadir bersama En. Wan Syahrin Bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 133
