- JBS Kedah
- Hits: 183
SMK GULAU WAKIL DAERAH SIK KE KEJOHANAN BOLA SEPAK LIGA TUNAS MALAYSIA BAWAH 16 TAHUN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2022
SUNGAI PETANI KEDAH, 03 OKTOBER 2022 – Kejohanan Bola Sepak Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League) Bawah 16 Tahun Peringkat Negeri Kedah 2022 telahpun diadakan pada 01 Oktober 2022 (Sabtu) yang lalu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Petani, Kedah Darul Aman disini.
Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau selaku juara peringkat Daerah Sik telah mewakili Daerah Sik ke kejohanan tersebut dan berjaya menempatkan pasukan sehingga ke peringkat suku akhir pada kejohanan peringkat Negeri Kedah 2022.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pemain, jurulatih serta guru Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau atas komitmen yang tinggi dalam Kejohanan Bola Sepak Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League) Bawah 16 Tahun Peringkat Negeri Kedah 2022.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)
- JBS Kedah
- Hits: 183
