BALING, 01 SEPTEMBER 2022 – Hari Belia Negara adalah salah satu program tahunan yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan. Di peringkat daerah Baling , sambutan Hari Belia Negara telah diadakan pada 31 Ogos 2022 bersempena hari kemerdekaan Malaysia di Kompleks Rakan Muda Baling dan telah dianjurkan oleh PBSD Baling.
Sambutan HBN peringkat daerah Baling bagi tahun 2022 telah dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti pertunjukan seni silat , pameran aset ketenteraan, fun run , wayang pacak , acara memanah , acara melukis kanak-kanak dan pelbagai lagi.
Sambutan Hari Belia Negara yang telah diadakan telah mendapat sambutan yang luar biasa dari masyarakat setempat yang telah lama menunggu acara seperti ini diadakan setelah hampir 2 tahun tidak menyambutnya akibat PKP .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 104
