MELAKA TENGAH, Melaka 2 Disember 2020 – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; encik Noorman Bin Ramlan hadir meluangkan masa duduk semeja bersama Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah; Encik Mohd Ismanizam Ismail dan ketua-ketua badan gabungan MGBD Melaka Tengah. Sesi ramah mesra dan sembang santai ini memberikan input-input dan perkongsian idea berkaitan aktiviti pembangunan belia khususnya di dalam daerah Melaka Tengah. Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan pengarah JBS Negeri Melaka turut hadir dalam sesi malam ini yang diadakan di Hotel Swiss Garden, Melaka.
Disediakan oleh: Jalma Annas, Bahagian Pembangunan Belia JBSNM.
- JBS Melaka
- Hits: 585
