- JBS Melaka
- Hits: 454
BULAN SABIT MERAH JASIN HARGAI PENGORBANAN PETUGAS BARISAN HADAPAN SEMPENA AIDILFITRI
JASIN, 16 Mei 2021 - Ketika masyarakat bergembira menyambut Aidilfitri, ada insan yang mengorbankan masa, tenaga dan kebahagiaan dengan bertugas tanpa mengira masa susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.
Para petugas barisan hadapan adalah wira yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah, terus memerah keringat sejak wabak pandemik mula mendarat di negara ini awal tahun lepas.
Susulan itu, bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang masih terasa bahangnya, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Jasin hari ini mengambil kesempatan menyantuni para petugas barisan hadapan di sekitar daerah ini dalam Program Penyampaian Juadah Aidilfitri.
Menurut Pengerusi BSMM Daerah Jasin, Jezlee Pit, program dengan kerjasama Nando's Melaka ini bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang sentiasa sedia berkhidmat demi kesejahteraan masyarakat walaupun dalam suasana perayaan Aidilfitri.
- JBS Melaka
- Hits: 454
