KRUBONG, 5 Januari 2020 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mengadakan pameran sempena Karnival Paya Rumput Dihatiku bermula 4 hingga 5 Januari 2020 di Perkarangan Stadium Hang Jebat Melaka. Sambutan amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir ke karnival ini daripada seawal pagi hingga ke malam. Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Japerun Paya Rumput, MBMB dan Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah atas jemputan kepada pihak JBS Melaka. Semoga ianya dapat menyumbang serba sedikit dalam pembangunan belia dan komuniti di Dun Paya Rumput ini.
Alor Gajah, 6 Januari 2020 : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mengaturgerak satu pasukan terdiri daripada 5 x pegawai untuk mengendalikan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi pemilihan peserta ke Tier 3 Malaysia Future Leader School, pusat pemilihan Negeri Melaka bertempat di Kem Wawasan Negara, Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka.
Pasukan Penguji UKJK ini diketuai Encik Yan Mohd Nor Alif bin Mohamad Noh selaku Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Seramai 24 orang peserta telah menjalani ujian UKJK ini melibatkan 5 bateri ujian iaitu : Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index), Ujian Duduk Jangkau, Ujian Genggaman Tangan (Handgrip), Bangkit Tubi 1 Minit, dan Larian Bleep Test.
Pelaksanaan ujian berjaya di selesaikan dalam keadaan baik tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Kemahiran dan keupayaan pengendalian UKJK ini juga menjadi satu tanda aras kepada Kementerian Belia dan Sukan khasnya kerana ujian ini begitu signifikan kerana turut digunapakai dalam urusan pengambilan ke dalam perkhidmatan awam Malaysia.
Port Dickson- 23 Disember 2019. Seramai 21 orang peserta pingat emas telah berjaya melengkapkan komponen penjelajahan lasak yang telah diadakan di Pusat Sains Marin Upm, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 20-23 Disember 2019.
Program ini melibatkan pelajar dari Kolej Antarabangsa Putra dan Kolej Cosmopoint Melaka. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk menyertai pelbagai acara menarik dan mencabar antaranya mendaki gunung tampin, combat archery, sukan rakyat, zumba, pertolongan cemas dari JPAM Port Dickson dan khidmat masyarakat di kampung Si Rusa.
Majlis penutup disempurnakan oleh En. Noorman Bin Ramlan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir, En Mohd Syahmi Bin Md. Lasa, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah, dan En. Mohd Khusyairi Bin Zainal, wakil Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Port Dickson.
Ayer Keroh, Melaka 23 November 2019 (Selasa) – Sesi Menandatangani Kontrak Perjanjian Perkhidmatan Bersama Pembekal Bagi Perkhidmatan Membersih, Menyelenggara Dan Mencuci Kawasan Dalam Bangunan Dan Lanskap Kompleks Sukan Masjid Tanah.
Pemeteraian menandatangani kontrak perjanjian bersama pembekal bagi tempoh 2 tahun (24 bulan) dilakukan oleh Encik Noorman Bin Ramlan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Semoga syarikat yang berjaya dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.
MASJID TANAH, MELAKA 15 Disember 2019 – Bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Masjis Tanah (KSMT) telah berlansung satu majlis penutup Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Melaka. Program ini yang telah bermula pada 13 Disember 2019 dan berakhir pada 15 Disember 2019. Objektif program adalah bagi mencungkil bakat-bakat baru di dalam bidang sukan badminton, memberi pendedahan dan teknik kemahiran asas badminton kepada kanak-kanak dan remaja serta melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas bersesuaian dengan objektif kerajaan. Majlis penutup ini selamat disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Noorman bin Ramlan. Hadir sama ialah Presiden Nusa Mahsuri, Dato' Seri Haji Mohd Jalani Dato' Haji Sidek.
Melaka Tengah, 12 Disember 2019 - Sempena lawatan rasmi YAB Ketua Menteri Melaka, Tuan Adly bin Zahari ke DUN Paya Rumput, satu sesi senamrobik dan jalan santai telah dianjurkan bertempat di Taman 1 Krubong, Melaka.
Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah membantu menjayakan program tersebut dengan mengkoordinasi 1x instruktur kecergasan senamrobik. Selain itu juga pihak Jabatan telah menghantar penyertaan seramai 4 x pegawai ke program tersebut diketuai oleh Encik Yan Mohd Nor Alif bin Mohamad Noh, Penolong Pengarah (Sukan), serta Puan Norazlin Binti Sarun selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
SEPANG, , 10 Disember 2019 - Satu kursus training of trainers (TOT) pelaksanaan Sistem Buku Log Instruktur Senamrobik (BLISS) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 10 Disember 2019 bertempat di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor.
Kursus ini dianjurkan bertujuan dalam melatih para pegawai, penganjur serta Instruktur Kecergasan KBS pelbagai peringkat untuk pelaksanaan sistem ini yang akan menggantikan sistem buku log sedia ada. Selain itu, dalam kursus ini juga turut diadakan sesi maklumbalas dan taklimat perancangan program-program kecergasan nasional yang akan dilaksanakan pada tahun 2020.
Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah menghantar penyertaan seramai 2x pegawai ke kursus ini diketuai oleh Encik Yan Mohd Nor Alif bin Mohamad Noh selaku Penolong Pengarah (Sukan). Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Zurihamni bin Zakariya selaku Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
BANDAR MELAKA, 2 Disember 2019 - Salah seorang Pegawai Rakan Muda JBS Melaka telah berjaya meraih pingat perak dalam Pertandingan Kayak Sprint & Slalom sempena Grand Cultural Festival 2019 di Dataran Sungai Melaka baru-baru ini. Beliau adalah Faizah Firdaus Binti Fauzi yang mempunyai bakat besar dalam acara ini dan sangat berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam acara kegemarannya itu. Hadiah telah disampaikan oleh YB Datuk Muhamad Jailani Bin Khamis, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka. Semoga beliau terus berusaha dan mengharumkan nama JBS Melaka ke peringkat yang lebih tinggi.
ALOR GAJAH, MELAKA 1 Disember 2019 (Ahad) – Bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka, satu majlis perasmian penutup bagi Kursus Kepimpinan Eksekutif Muda (KKEM) Peringkat Zon Selatan 2019 telah dilaksanakan. Perasmian tersebut di sempurnakan oleh En Noorman Bin Ramlan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Kursus ini yang bermula dari 28 november hingga 1 disember 2019 juga melibatkan seramai 43 orang peserta dari melaka, negeri sembilan dan johor.
Objektif program ini adalah untuk melatih belia sebagai pemimpin masa hadapan yang berstatus eksekutif dalam membentuk dan memimpin organisasi atau persatuan di pelbagai peringkat, serta melahirkan penceramah ,fasilitator dan jurulatih yang eksekutif dalam bidang kepimpinan serta memiliki nilai jati diri kenegaraan dan patriotisme.
Turut hadir dalam majlis perasmian penutupan ini, Puan Junaine Binti Mohamad Penolong Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Fadhilah Binti Tahar wakil Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Puan Norsuzita Binti Abd Manis Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Ayer Pa'abas, Encik Asni Bin Ismail Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Melekek Dalam, Encik Abdul Razak Bin Majid Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Padang Lalang serta Encik Mohd Zaidi Bin Tahir Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah.