AYER KEROH, Melaka 18 Februari 2020 (Selasa) - Mesyuarat Tapak Projek Naik Taraf Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Melaka Bil. 5 yang dipengerusikan oleh Encik Norazli bin Indzam, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Turut hadir Encik Noorman Bin Ramlan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Tujuan mesyuarat ini adalah bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan fizikal projek di tapak pembinaan.
AYER KEROH, 6 Februari 2020 - Seramai 514 orang remaja dari sekitar Negeri Melaka telah berjaya ditauliahkan sebagai penerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak dan Gangsa di Dewan Besar, Kolej Yayasan Saad Melaka. Selain itu, 50 orang Pemimpin dan Mentor ARP juga diberi sijil penghargaan sebagai menghargai jasa mereka yang memimpin para peserta ini hingga berjaya ke tahap perak dan gangsa. Majlis Pentauliahan ini telah dirasmikan oleh YB Kerk Chee Yee, Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir YBhg. Encik Abd Aziz Bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs. Encik Noorman Bin Ramlan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan YBrs. Encik Tan Cheh Li, Pengetua Kolej Yayasan Saad Melaka. Syabas anak muda Melaka!! Teruskan usaha ke peringkat Anugerah Tahap Emas.
ROMPIN, Pahang, 10 Februari - Sesi perbincangan dan lawatan tapak program penempatan peserta ARPRM Tahap Emas Negeri Melaka berjalan lancar dan jayanya bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air (KRMSA) Rompin dan sekitar Daerah Rompin. Sesi perbincangan ini mendapat kerjasama baik daripada pihak KRMSA Rompin, PBSD Rompin, JKKK, Persatuan Belia dan Majlis Belia Felda serta JBS Negeri Melaka sebagai Badan Operasi ARP. Program penempatan yang bakal dilaksanakan pada bulan Mac ini akan disertai oleh 19 orang peserta ARP Emas daripada Kolej Antarabangsa Putra Melaka dan Kolej Cosmopoint Melaka selama 5 hari 4 malam melibatkan 5 buah kampung di Daerah ini. Pelbagai aktiviti menarik bakal dirasai oleh peserta meliputi sosio-budaya, pemakanan, pekerjaan, tempat tinggal dan sebagainya yang asing bagi mereka di sesuatu kampung yang terlibat. Semoga program yang dirancang ini dipermudahkan demi melahirkan generasi remaja yang serba boleh, berkualiti, mampu berdikari dan bakal pemimpin muda masa depan.
AYER KEROH, Melaka Jumaat 14 Februari 2020- Hari ini telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Mesyuarat Pengurusan Pegawai & Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Bilangan 1 Tahun 2020. Majlis ini merupakan Majlis Rasmi Pegawai & Kakitangan bersama Tuan Pengarah Encik Noorman Bin Ramlan. Pada mesyuarat berkenaan tuan pengarah telah menyampaikan amanat beliau kepada semua kakitangan, antara intipati penting yang di sampaikan oleh beliau ialah, beliau mengharapkan agar semua kakitangan mematuhi peraturan dan perkelilingan yang telah diwartakan. Menjaga imej & nama sebagai penjawat awam serta saranan agar bekerja sebagai sebuah pasukan.
Selain itu beliau berharap agar kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka tidak terlibat dengan sebarang salah laku negatif seperti penerimaan rasuah, penyalahgunaan kuasa, gangguan seksual di tempat kerja dan isu-isu sensitif integriti sebagai penjawat awam. Pada majlis berkenaan turut diadakan Majlis Penghargaan & Perpisahan untuk Encik Ahmad Syariffuddin Bin Sarmin, Timbalan Pengarah Belia dan Sukan Negeri Melaka yang telah menerima kenaikan pangkat dan akan bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bermula 24 Februari 2020. Tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Encik Ahmad Syariffuddin Bin Sarmin.
AYER KEROH, Melaka 14 Februari 2020 - Mesyuarat Induk Pelaksanaan Program Youth House : Youth For Unity 2020 yang dipengerusikan oleh YB Tuan Kerk Chee Yee Exco Komunikasi, Mutimedia, Ngo, Pembangunan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.
Turut hadir En Noorman Bin Ramlan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, En Ahmad Syariffuddin Bin Sarmin Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka dan En Habli Hijazi Fauzan Bin Ahamad Faudzi Pegawai Kepimpinan Dan Pembagunan Sahsiah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.
Program Youth House : Youth For Unity merupakan anjuran Majlis Gabungan Belia Melaka Bersama Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka dan Melaka Youth Development Corporation yang akan diadakan pada 15 Mac 2020 bertempat di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh.
Tujuan program ini diadakan adalah untk membawa mesej positif sebagai sumber aspirasi dan motivasi kepada rakyat malaysia khususnya para belian dimana pentingnya menjaga sensitiviti kaum dan agama untuk kita terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Selain itu program ini juga bertindak sebagai medium promosi nilai-nilai keharmonian, perpaduan dan toleransi antara kaum melalui keunikan budaya, seni dan warisan. Program ini akan disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakub, Yang Dipertua Negeri Melaka.
ALOR GAJAH, 9 Februari 2020 - Sokongan padu ahli keluarga terhadap kerjaya warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin yang bertugas tanpa mengira hari dan masa dalam memastikan agenda pembangunan belia dan sukan terlaksana dihargai dalam Program Reatreat dan Hari Keluarga PDSD Jasin.
Program 2 hari bermula semalam diadakan di A Famosa Resort dekat sini telah disertai oleh semua warga kerja serta ahli keluarga PBSD Jasin dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya sukaneka kanak-kanak, malam mesra BBQ dan sarapan pagi beramai-ramai di Kedai Roti Canai Dulang Besar, Kg Cendana Putih dekat sini.
Sesi ramah mesra bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Noorman Ramlan turut diadakan pada malam tersebut dan beliau telah menyampaikan amanat, visi serta harapan kepada semua warga kerja PBSD Jasin.
Noorman juga memuji dan berharap agar program yang baik seperti ini dapat diadakan juga oleh PBSD yang lain dan dalam masa yang sama merancang untuk mengadakannya di peringkat JBS Negeri Melaka sebelum akhir tahun ini.
AYER KEROH, 6 Februari 2020 - Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang mencabar diri remaja terutamanya warga belia untuk meneroka dan menyerlah potensi diri terus mendapat perhatian para belia daerah Jasin.
Hari ini seramai 430 orang peserta dari daerah ini telah dianugerahkan dengan Sijil Anugerah Tahap Perak dan Tahap Gangsa dalam Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2019 di Dewan Auditorium Kolej Yayasan Saad bersama para peserta daripada Melaka Tengah dan Alor Gajah.
Majlis perasmian dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee. Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Rakan Muda, Abd Aziz Abd Rahman dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Noorman Ramlan.
ALOR GAJAH, 2 Februari 2020 - Menyahut saranan dan misi kerajaan negeri untuk melahirkan rakyat yang sihat dan aktif, warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin malam ini turut serta mengambil bahagian dalam acara 5 km Fun Run di Program Gegau Melaka Gegau 2020.
Program anjuran Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Melaka bersama Tourism Melaka ini diadakan di Kompleks Japerun Rembia dan dirasmikan oleh Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis melibatkan penyertaan seramai hampir 5000 orang dalam 2 acara utama iaitu Fun Run dan Fun Ride.
Sungguh pun program berlangsung di luar daerah Jasin namun aktiviti fun run sentiasa menarik perhatian dan penyertaan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Ahmad Iswadi Ishak yang juga merupakan penggemar aktiviti sukan tersebut.
Johor Bahru, 21 Januari 2020 – Satu taklimat berkaitan Pelan tindakan Wanita dalam sukan Peringkat Zon Selatan telah diadakan pada 21 Januari 2020 bertempat di Dewan Kuliah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru. Pelan ini merupakan draf akhir yang akan dilancarkan pada 7 Mac 2020.