- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 554
Pemeriksaan Mengejut dan Lawatan Pengarah JBSWPKL ke Bangunan Asrama KRM Bukit Kiara

Bukit Kiara, 25 Jun 2020- Satu pemeriksaan mengejut dan lawatan kerja telah diadakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Asmori Bin Sa'hari ke Pejabat Urusan dan sekitar bangunan asrama Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.
Pemeriksaan Mengejut yang diajalankan adalah selaras dengan Arahan Perbendaharaan No. 309, yang mana setiap ketua di sesuatu Jabatan perlu membuat pemeriksaan mengejut tidak kurang dari sekali dalam setiap enam bulan di unit/ pejabat yang telah diamanahkan kepadanya dengan penyimpanan wang awam, setem atau lain-lain barang berharga dari apa-apa jenis.
Di samping menjalankan pemeriksaan berkenaan, Pengarah dan PPTK turut mengambil kesempatan untuk meninjau bangunan asrama KRM dan kawasan sekitarnya yang sedang dinaiktaraf. Seluruh fasiliti di KRM Bukit Kiara telah ditutup kepada umum bermula Februari 2019 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf sehingga selesai.
Turut hadir semasa sesi lawatan itu ialah ik Siti Sarah binti Azizan (Pen. Pegawai Tadbir Kanan), En Muhammad Nuramin bin Hassan (Penyelia Kompleks), Cik Maizatul Akmal binti Mohamad (Pem. Tadbir (P/O)), En Mohd Firdaus bin Dollah (Pembantu Operasi).
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 554