- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 498
Mesyuarat dan Kunjung Hormat Ahli Parlimen Belia WP Kuala Lumpur ke Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur

BUKIT KIARA, 04 Mac 2020 - Telah berlangsung Mesyuarat dan Kunjung Hormat Ahli Parlimen Belia WP Kuala Lumpur ke Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur pada hari ini.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Asmori bin Haji Sa’ahari, Pengarah JBSWP Kuala Lumpur.Seramai 5 Orang Ahli Parlimen Belia Malaysia berkesempatan hadir ke perjumpaan iaitu Saudara Abdul Hakim Hamizan, Farizd Daniell Bin Fazrin, Nik Zulhilmi Bin Nik Amir, Muhammad Izuan Faiz Bin Abd Rahman dan Che Aidil Erfan Bin Che Afero.Mesyuarat dan kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama disamping sesi brainstorming kedua belah pihak dalam memastikan program-program Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda Tahun 2020 di peringkat akar umbi dilaksanakan secara efisien bagi pembangunan belia Kuala Lumpur secara keseluruhannya.Turut hadir En. Javiques Badana Anak Joannis, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan dan En. Anuar Bin Hamid, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda serta semua kakitangan Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 498