
Bukit Kiara, 21 Februari 2020 - Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah mengadakan satu Mesyuarat Portal Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur Bil 1/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Kiara Utama, Tingkat 2, JBSWP Kuala Lumpur.Melalui mesyuarat ini, para pegawai portal di Bahagian dan Kawasan masing-masing telah diberi mandat oleh Tuan Pengarah, En. Asmori Bin Haji Sa’ahari untuk meningkatkan penghasilan berita yang berkualiti berdasarkan KPI yang telah ditetapkan oleh Kementerian.Pegawai juga didedahkan dengan penggunaan aplikasi Joomla! sebagai platform untuk memuatnaik berita ke portal JBSN mengikut SOP yang telah disediakan.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 500