- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 700
Program #KBSPRIHATIN - Inisiatif Membantu Belia Dalam Pencegahan Awal Terhadap Wabak COVID-19

KOMBES, Kg. Pandan, 27 Mac 2020:Sedang berlangsung Program #KBSPRIHATIN - Inisiatif Membantu Belia Dalam Pencegahan Awal Terhadap Wabak COVID-19. Terima kasih Food Rider semua. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur akan membuat agihan Face Mask dan Hand Sanitizer Percuma kepada :1. Belia yang bekerja sebagai Penghantar Makanan (Food Panda, Grab Food, Bungkus It dan lain-lain seumpamanya.2. Sukarelawan Belia yang menjalankan kerja-kerja amal dalam membantu golongan gelandangan, orang susah dan lain-lain sepanjang tempoh pandemik Covid-19.Setiap pengambilan, anda perlu membawa ID Pekerja atau ID Sukarelawan.Seorang rider atau sukarelawan akan diberikan 5 Face Mask dan 1 Hand Sanitizer untuk kegunaan selama 5 hari.WAKIL ADALAH TIDAK DIBENARKAN.Kaunter akan dibuka pada 28/03/2020 (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi di KOMBES Kg Pandan.Pengguna android diminta untuk download aplikasi QR Code untuk tujuan pendaftaran, kod akan dibekalkan di lokasi pengagihan.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 700