
BUKIT KIARA, 27 Oktober 2019 - Bagi memastikan kebersihan di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, kakitangan kompleks telah mengambil inisiatif untuk membersihkan persekitaran kompleks bertujuaan untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Walaupun dalam keadaan cuti umum namun usaha mereka harus dipuji demi amanah mereka terhadap masyarakat. Program ini mengambil masa dari pagi sehingga ke petang dalam suasana yang harmoni dengan semangat kerjasama di antara satu sama lain. Diharapkan contoh sebegini harus menjadi ikutan dikalangan kakitangan JBSWPKL dalam menyemai sikap tanggungjawab terhadap amanah yang diberi.
Disediakan oleh: Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara
Disunting oleh: Shahrul Izwan bin Mat Sharif (Unit Portal JBSWPKL)
Disediakan oleh: Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara
Disunting oleh: Shahrul Izwan bin Mat Sharif (Unit Portal JBSWPKL)
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 526