- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 451
BENGKEL PERANCANGAN DAN DATA PENYERTAAN ‘MALAYSIA SPORTS CHALLENGE’ (MySC) 2019

BUKIT KIARA, 8 Ogos 2019 – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Bengkel Perancangan dan Data Penyertaan ‘Malaysia Sports Challenge’ (MySC) 2019. Bengkel bersama dengan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan-Kawasan ini adalah untuk membincangkan mengenai perancangan dan data penyertaan bagi penganjuran program tersebut yang julung-julung kalinya akan diadakan selama sebulan sepanjang bulan Oktober nanti. Taklimat dan penerangan telah disampaikan oleh Encik Javiques Badana Joannis, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan dan Puan Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Pegawai Kecergasan Nasional. Pegawai-pegawai Kawasan juga diberi penerangan mengenai kaedah data pendaftaran peserta secara ‘online’. Semoga dengan inisiatif penganjuran bengkel ini, JBSWPKL dapat mencapai matlamat 282,840 penyertaan.
Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Sukan JBSWPKL Disunting oleh: Shahrul Izwan bin Mat Sharif (Unit Portal JBSWPKL)
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 451