
Putrajaya, 26 Oktober 2019 - Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan telah dijemput ke Majlis Perasmian Karnival Sukan Air Kebangsaan 2019 yang diadakan di Kompleks Sukan Air Putrajaya baru-baru ini. Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Kanu Malaysia dan juga dihadiri oleh En. Asmori bin Hj. Sa'ahari, Pengarah JBSWPKL dan beberapa pegawai dari Bahagian Belia, Sukan dan Rakan Muda JBSWPKL serta PBSK. Karnival ini diadakan selama 2 hari bermula 26 - 27 Oktober 2019 dan penyertaan melibatkan agensi-agensi kerajaan, IPTA, IPTS, kelab-kelab.
Disediakan oleh: Normiza binti Kadar Maidin (Bahagian Pembangunan Belia JBSWPKL)
Disunting oleh: Shahrul Izwan bin Mat Sharif (Unit Portal JBSWPKL)
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 470