- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 482
TEAM AUDIT DALAM KBS TURUN PADANG PANTAU BULAN SUKAN NEGARA KAWASAN SEPUTEH 2019

SEPUTEH, 22 Oktober 2019 - Team Audit Dalam, KBS diketuai oleh En. Mohd. Azli Bin Mohamad Ramlan telah melakukan lawatan pemantuan ke lokasi pelaksanaan aktiviti sempena Bulan Sukan Negara Peringkat Kawasan Seputeh 2019. Empat lokasi telah dilawati iaitu di SMK Taman Yarl (senamrobik), SK Seri Mega (Karnival sukan Tahap 1 dan 2, Bola Tampar, Athletic dan Bola Jaring), SMK Bandar Baru Seri Petaling ( Karnival sukan dan permaianan, Futsal, Bola Keranjang, Bola Tampar, Badminton dan sepak Takraw ) dan lokasi terakhir di SK Taman Desa ( Desa Run 2019). Pemantauan ini bertujuan mendapatkan maklumat terperinci berkaitan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sukan sempena Bulan Sukan Negara yang berlaku di peringkat akar umbi termasuklah isu-isu dan permasalahan yang dihadapi. Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh diwakili oleh En. Sofian Bin Ismail bersama-sama pembantu beliau Pn. Norfaaizam Binti Zainal Abidin telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Team Audit Dalam KBS sepanjang sesi lawatan pemantauan tersebut.
Disunting oleh: Shahrul Izwan bin Mat Sharif (Unit Portal JBSWPKL)
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 482