- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 708
PEGAWAI PBSK KEPONG / SEGAMBUT HADIRI KURSUS myPORTFOLIO ANJURAN JABATAN BELIA DAN SUKAN WP KUALA LUMPUR

8 Julai 2020, Kg. Pandan – Tiga orang Pegawai PBSK Kepong / Segambut, iaitu Cik Syafiqah Hani Sulaiman, Encik Mohd Shahrizan Robuan dan Puan Norzaini Ishak hari ini mengikuti Kursus myPortfolio anjuran Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Kg. Pandan. MyPortfolio adalah dokumen rujukan rasmi yang mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan organisasi serta penjelasan mengenai deskripsi tugas, fungsi, aktiviti, prosedur dan proses kerja yang boleh dijadikan panduan dalam menjalankan tugas bagi sesuatu jawatan. Kursus yang diadakan selama dua (2) hari bermula hari ini adalah untuk memberi input tatacara penyediaan Panduan Kerja Sektor Awam berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil 4 Tahun 2018 yang memberi peluang kepada pegawai untuk mengaplikasikan kemahiran dalam menyediakan myPortfolio dengan lebih terancang. Seramai 40 peserta pelbagai gred dan skim menyertai kursus ini dan modul hari ini disampaikan oleh Encik Sulaiman bin Said dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 708