- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 1108
LAWATAN TAPAK KE INSFRASTRUKTUR SUKAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENJALARA KUALA LUMPUR

18 Julai 2020, Kepong - Telah selesai sesi lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Menjalara pada hari ini. Sesi lawatan adalah bertujuan untuk menilai infrastruktur sukan yang berada di sekolah berkenaan. Antara lokasi lawatan adalah di Padang Bola Sepak, gelanggang serbaguna, padang Petanque, Gimnasium Mini, Gelanggang Takraw dan stor sukan. Sesi lawatan telah disertai oleh Encik Mohd Faez bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pembangunan KBS, Encik Saiful Bahri bin Kamaruzaman Bahagian Pembangunan dan Encik Javiques Badana anak Joannis, Penolong Pengarah Sukan. Wakil pihak sekolah yang telah hadir ialah Puan Norsiah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Aman dan Cikgu Helmi.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 1108