
BUKIT KIARA, 22 Julai 2020: Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah menerima kunjung hormat barisan kepimpinan tertinggi dan Exco Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) WP Kuala Lumpur. Pelbagai perkongsian idea dan pendapat telah dibincangkan diantara kedua-dua pihak meliputi kerjasama dalam program akan datang demi pembangunan belia khususnya di Kuala Lumpur. GPMS turut merancang untuk mengadakan Program BizTalk: Impak Pandemik COVID 19 khas untuk usahawan muda melalui program mentor mentee dengan menampilkan YBhg. Datuk Seri Haji Johari Bin Abdul Ghani sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pengalaman bersama peserta program pada 25 Julai 2020 bertempat di Plaza Flamingo, Ampang. Pengarah JBSWP Kuala Lumpur, En. Asmori Bin Haji Sa'ahari mengucapkan ribuan tahniah kepada pihak persatuan yang sentiasa peka dengan pembangunan belia dengan merancang pelbagai program yang memberi impak besar kepada negara. Turut hadir bersama En. Khairul Rizam Bin Dato Abu Samah, Presiden dan Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan dan Rakan Muda JBSWP Kuala Lumpur.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 468