
Bukit Kiara, 4 Ogos 2020, Selasa – Pemasangan bendera Malaysia di ruangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh telah dilakukan sempena Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2020 setelah bendera Malaysia tersebut diserahkan daripada JBWPKL. Diharapkan usaha baik ini dapat menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan kakitangan, serta menjadi pemangkin bagi menggalakkan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang sejajar dengan seruan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta kementerian- kementerian dan agensi-agensi kerajaan untuk mengalakkan penyertaan aktif semua lapisan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Disediakan oleh: PBSK Seputeh
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 623



