
BUKIT KIARA, 7 Ogos 2020: Kakitangan Bahagian Pembangunan Belia JBSWP Kuala Lumpur berganding bahu memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan dengan mengadakan gotong-royong mengibar Jalur Gemilang di pejabat. Jalur Gemilang merupakan objek yang amat kita banggakan sebagai warganegara Malaysia. Ia menunjukkan simbol pengorbanan, kebebasan dan kebanggaan rakyat Malaysia. Selain menyuntik semangat patriotisme di kalangan kakitangan, mengibarkan bendera turut memberi impak memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan yang bakal tiba selaras dengan seruan Perdana Menteri Malaysia.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 667