- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 663
SESI PERJUMPAAN DAN PENILAIAN BERSAMA JURI PERTANDINGAN PENULISAN KHAT@RAKANMUDA PERINGKAT WPKL

SRI HARTAMAS, 13 Ogos 2020 – Satu sesi perjumpaan Pembantu Belia dan Sukan Jabatan, Puan Nursyamira Binti Sejali bersama Ustaz Ismail Bin Masron daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas telah diadakan sempena sesi penilaian peserta-peserta pertandingan Khat yang telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang lalu. Hasil daripada perbincangan dan penilaian tersebut beberapa peserta telah dinobatkan sebagai pemenang iaitu saudara Izzul Asyraf Bin Mohd Yazid mendapat Tempat Pertama, saudara Muhammad Zulhusni Bin Mohd Zaki mendapat Tempat Kedua manakala saudari Nurul Nazwa Asysiqin Binti Samsudin mendapat Tempat Ketiga. Ketiga-tiga peserta akan mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi. Semoga dengan kemenangan ini menjadi pembakar semangat kepada para pemenang untuk mengembangkan lagi bakat yang sedia ada dan akan terus berjaya di masa akan datang.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 663










