- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 592
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK FESTIVAL SENI SILAT WILAYAH PERSEKUTUAN BILANGAN 1 TAHUN 2020


17 Ogos 2020, Putrajaya - Telah selesai mesyuarat bagi pelaksanaan Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan yang dijangka akan diadakan pada 19 sehingga 20 September 2020 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Che Roslan bin Che Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan Kementerian Wilayah Persekutuan. Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah diwakili oleh Encik Javiques Badana anak Joannis, Penolong Pengarah Sukan dan Encik Tun Mohd Muaazam Mustafa Al-Bakri, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan. Festival Seni Silat ini bakal menghimpunkan pelbagai perguruan seni silat di Malaysia. Mari sama-sama kita membudayakan Seni Silat di Negara kita.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 592













