
KG. PANDAN, 18 Ogos 2020 – PBSK Seputeh menjalankan satu operasi memindahkan aset-aset PBSK Bukit Bintang yang ditempatkan di Kompleks Belia dan Sukan Kg Pandan (KOMBES) untuk dibawa ke Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh, Bukit Kiara. Pemindahan aset ini dilakukan atas keperluan tambahan di PBSK Seputeh antaranya adalah meja dan kerusi banquet serta fail-fail yang berkaitan. PBSK Seputeh berterima kasih atas pertolongan dalam kerja-kerja pemindahan ini yang dibantu oleh Encik Mohd Idil bin Roslan serta pengurus KOMBES , Encik Mohd Sudin bin Mustapha.
Disediakan oleh: PBSK Seputeh
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 378



