- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 557
PROGRAM MENYANTUNI WARGA TAHFIZ & ALIM (APISP) SEKITAR OLAK LEMPIT DAN HULU LANGAT

Sepang, 3 September 2020 - Program ini dicetuskan berikutan masalah wabak covid-19 bermula mac 2020 yang memberi kesan besar kepada masyarakat seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, keperihatinan pelbagai pihak sedikit sebanyak dapat meringankan beban masyarakat dan individu yang terkesan. Justeru itu, satu program menyantuni tahfiz dan alim di Olak Lempit dan Hulu Langat telah di adakan dengan penyampaian sumbangan keperluan asas dari individu, syarikat, NGO dan pelbagai pihak. Program ini telah dianjurkan oleh Pemadam Bukit Bintang bersama DBKL dan Pejabat Belia dan Sukan kawasan Batu / Wangsa Maju. Program sebegini diharapkan agar dapat menaeik minat semua pihak dan terus menyumbang kepada individu atau masyarakat yang terkesan dengan penularan Wabak Covid-19 di negara kita dan seluruh dunia. En Mohd Lalkhasman telah diberi penghormatan menyampaikan sumbangan kepada kedua- pusat tahfiz tersebut mengharapkan sumbangan ini dapat membantu mereka iaitu anak-anak tahfiz agar sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat sumbangan dari pelbagai pihak untuk menampung keperluan makanan harian mereka. Beliau juga menyeru agar semua pihak yang berkemampuan tampil membantu dan meringankan beban mereka yang terkesan. Semoga usaha yang kecil ini menjadi dorongan kepada syarikat, NGO dan individu lain untuk terus membantu rakan - rakan yang terkesan dengan COVID-19.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 557
