- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 501
Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat WP Kuala Lumpur / WP Labuan Sidang II, Penggal Ke-32

07 September 2020, Bukit Kiara: Telah berlangsungnya Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat WP Kuala Lumpur / WP Labuan Sidang II, Penggal Ke-32 ( Versi Pasca Covid-19 ) bertempat di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur. Majlis Perundingan ini dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato' Sri Dr. Santhara Kumar A/L Ramanaidu dan dihadiri oleh agensi-agensi seperti Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Belia WP Kuala Lumpur (MBWP), Majlis Belia Labuan (MBL) dan lain-lain. Majlis Persidangan ini diadakan sebagai satu wadah untuk membincang dan menyelesaikan isu yang berkaitan dengan pembangunan belia di WP Kuala Lumpur dan WP Labuan.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 501

